BEIJING: Sekurang-kurangnya tiga mangsa dilaporkan terkorban akibat hujan lebat di utara China hari ini, menjadikan jumlah kematian terkini mencecah 13 orang, manakala lima lagi masih hilang. Media rasmi Xinhua melaporkan, tiga mayat ditemukan di kawasan banjir di bandar Ordos, Inner Mongolia. Sementara itu, tiga individu dilaporkan hilang kira-kira 70 kilometer (km) dari lokasi tersebut, berhampiran tebing Sungai Kuning. Sejak Julai lalu, hujan monsun Asia Timur yang tertumpu di utara dan…