Komuniti Siam juga sambut hari kebangsaan

Komuniti Siam juga sambut hari kebangsaan

Pramoot Puan (tengah, baju hijau) bersama komuniti Siam memasang Jalur Gemilang di Kampung Padang Petani, Kangar, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tidak jauh beza de­ngan orang Melayu menjadi antara gambaran kehidupan masyarakat Siam di Perlis de­ngan memperlihatkan bagaimana hubungan antara etnik itu dengan penduduk Islam cukup erat dan harmoni.

Meski masyarakat Siam ha­nyalah minoriti di negeri ini iaitu membabitkan kira-kira 10,000 penduduk dari 13 kampung namun mereka tidak pernah ketinggalan dalam bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan.

Pengerusi Persatuan Keba­jikan Siam Bersatu Negeri Perlis, Pramoot Puan berkata, ma­syarakat Siam bangga menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia dan sentiasa menyema­rakkan sambutan setiap tahun dengan penganjuran program menarik.

“Sempena bulan Kebangsaan, kami juga sering meraikan de­ngan berkumpul bersama-sama di wat terpilih sekitar negeri ini untuk melakukan upacara sembahyang pada sebelah pagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Pramoot berkata, pada tahun ini, komuniti Siam di Kampung Padang Petani, di sini, turut melakukan aktiviti mengedar sebanyak 40 Jalur Gemilang dari rumah ke rumah dengan berarak menggunakan motosikal.

Katanya, aktiviti itu sememangnya rutin pada setiap tahun melibatkan golongan muda di kampung itu dalam menyemai semangat kemerdekaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×