Kerajaan pertimbang insentif RM100 kepada pelajar IPT

Kerajaan pertimbang insentif RM100 kepada pelajar IPT

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan insentif se­kali beri (one-off) RM100 kepada pelajar universiti bagi meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Itu respons Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan seorang pelajar Universiti Multimedia (MMU) pada program Temu Anwar di sini, semalam.

Terdahulu, seorang pelajar MMU mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya mempertimbang insentif one-off RM100 kepada pelajar universiti di negara ini.

Anwar berkata, beliau menerima baik cadangan itu dan akan memberi pertimbagan sewajarnya pada pembenta­ngan Belanjawan 2026, Oktober depan.

“Saya terima baik cada­ngan itu dan saya akan beri pertimbangan yang wajar untuk belanjawan (Belanjawan 2026) bulan Oktober ini,” katanya.

Ketika ini terdapat kira-kira 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi merangkumi universiti awam, swasta, politeknik, kolej komuniti dan kerajaan perlu memperuntukkan seba­nyak RM120 juta.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan pemberian RM100 secara one-off kepada setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas, melalui MyKad bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Anwar berkata, walaupun rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup namun, harga barangan keperluan seperti bahan api, ayam, telur dan gula masih jauh rendah berbanding negara-negara ASEAN.

“Apakah ia (kenaikan kos sara hidup) tidak merunsingkan, ia merunsingkan tetapi hal itu kita harus tangani dengan sebaik mungkin.

“Pada masa sama, sistem perolehan negara juga harus telus kerana ia penting bagi menjimatkan belanja kerajaan.

“Dalam tempoh setahun dua ini, Lembaga Hasil Dalam Ne­geri (LHDN) telah menyelamatkan kira-kira RM5 bilion hasil negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×