CYBERJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan insentif sekali beri (one-off) RM100 kepada pelajar universiti bagi meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat. Itu respons Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan seorang pelajar Universiti Multimedia (MMU) pada program Temu Anwar di sini, semalam. Terdahulu, seorang pelajar MMU mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya mempertimbang insentif one-off RM100 kepada pelajar universiti di negara ini. Anwar berkata, beliau menerima baik cadangan itu dan…