TOKYO: Sebuah rangkaian kedai serbaneka utama Jepun, Ministop, menggantung penjualan bebola nasi onigiri dan beberapa produk deli atau makanan sedia dimakan di 1,600 cawangannya selepas mendapati kakitangan memalsukan tarikh luput makanan. Siasatan dalaman mendapati ada kakitangan yang menangguhkan pelekat label tarikh luput selama sejam atau dua jam selepas makanan disediakan, manakala sebahagian lagi menukarnya dengan tarikh luput palsu selepas produk dipamerkan untuk dijual. Kesalahan itu dilaporkan berlaku di 23 cawangan…