SEGAMAT: Ribuan penduduk di daerah Segamat semalam dikejutkan dengan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 4.1 Magnitud pada pukul 6.13 pagi semalam. Ekoran kejadian itu, penduduk yang merasai gegaran beberapa detik akibat gempa bumi itu ada antaranya bergegas keluar rumah untuk menyelamatkan diri, sambil ingin melihat apa yang sebenarnya berlaku. Seorang penduduk di Taman Laksamana, di sini, Tan Boon Eng, 40, berkata, sebelum kejadian, dia sedang bersenam di halaman rumahnya sambil…