STOCKHOLM: Dua individu cedera pada Jumaat dalam insiden tembakan berhampiran sebuah masjid di bandar Orebro, Sweden, dipercayai berkaitan pertikaian antara geng jenayah terancang. Media tempatan memetik saksi melaporkan, sekurang-kurangnya seorang individu ditembak ketika meninggalkan masjid. Polis tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian, tetapi menasihatkan orang awam menjauhi kawasan tersebut sementara pihak berkuasa memburu suspek. “Kami sedang giat memburu pelaku atau kumpulan suspek terlibat,” kata jurucakap polis, Anders Dahlman kepada AFP.…










