Buli di Pasir Mas, enam pelajar dibebaskan dengan jaminan polis

Buli di Pasir Mas, enam pelajar dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Enam pelajar lelaki Tingkatan Empat di sebuah sekolah di sini yang ditahan reman bersabit kes buli minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kesemua pelajar itu dijangka akan dibebaskan tengah hari ini selepas selesai menjalani kawad cam yang merupakan sebagai daripada prosedur siasatan kes tersebut.

“Kesemua mereka memberikan kerjasama baik sepanjang proses siasatan dijalankan. 

“Mereka dibebaskan (dengan jaminan polis) sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, enam pelajar Tingkatan Empat ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang remaja berusia 15 tahun termasuk memukul dan melondehkan seluar mangsa ke paras lutut di sebuah sekolah.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan kejadian tersebut itu yang dibuat pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut pukul 2.55 petang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN