PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membatalkan pembelian empat buah helikopter Black Hawk dengan nilai kontrak kira-kira RM187 juta. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembelian aset tersebut. “ATM sentiasa menjunjung dan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkaitan pembelian helikopter Black Hawk lama yang kebanyakannya telah berusia lebih 30 tahun. “Kita tidak…