HERAT: Sekurang-kurangnya 76 termasuk 17 kanak-kanak maut selepas sebuah bas yang membawa pelarian Afghanistan dari Iran terlibat dalam kemalangan jalan raya di barat negara itu. Bas, yang dalam perjalanan ke Kabul, terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori dan motosikal pada malam Selasa, di wilayah Herat, menurut Pengarah Maklumat dan Kebudayaan Taliban, Ahmadullah Mottaqi. “Semua penumpang bas maut, bersama dua mangsa daripada kenderaan lain,” katanya. Insiden berlaku ketika Iran meningkatkan pengusiran…