5 aktor Hollywood yang mempunyai pulau peribadi - Utusan Malaysia

5 aktor Hollywood yang mempunyai pulau peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam industri hiburan Hollywood, bukan sahaja populariti dan kekayaan yang menjadi ukuran kejayaan seorang selebriti, malah memiliki pulau peribadi yang eksklusif juga menjadi lambang gaya hidup mewah dan privasi.

Bukan itu sahaja, kebanyakan selebriti yang memiliki pulau peribadi tersebut menjadikan aset itu sebagai ruang privasi buat mereka untuk bercuti, berehat, dan tenangkan diri daripada menjadi tumpuan umum.

Berikut adalah lima aktor Hollywood yang memiliki pulau peribadi mereka sendiri.

RICKY MARTIN

Terkenal menerusi lagu Livin’ La Vida Lova, penyanyi dan ikon Latin terkenal, Ricky Martin, memiliki sebuah pulau peribadi yang terletak di perairan Angra dos Reis, Brazil yang terkenal dengan keindahan semula jadinya serta menjadi destinasi pilihan golongan elit.

Walaupun tiada pendedahan rasmi mengenai nilai pembelian atau nama pulau tersebut, beberapa laporan menyatakan bahawa pulau itu berstatus milik peribadi sepenuhnya dan hanya boleh diakses melalui bot atau helikopter.

Pemilikan pulau peribadi ini melambangkan gaya hidup eksklusif beliau yang jarang dikongsikan kepada orang ramai.

JOHNY DEPP

Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp, memiliki sebuah pulau peribadi mewah yang terletak di kepulauan Exumas, Bahamas yang dikenali sebagai Little Hall’s Pond Cay.

Difahamkan, pelakon itu membeli pulau tersebut pada 2004 dengan anggaran harga sekitar USD $3.6 juta bersamaan kira-kira RM16.8 juta untuk dijadikan sebagai tempat istirehat peribadinya.

Malah, Johnny membeli pulau yang seluas 45 ekar itu kerana jatuh cinta dengan keindahan semula jadi pulau tersebut ketika menjalani penggambaran filem Pirates of the Caribbean.

TYLER PERRY

Pengarah, penerbit, dan pelakon tersohor Hollywood, Tyler Perry, dilaporkan memiliki sebuah pulau peribadi yang terletak di kawasan indah Exuma Cays, Bahamas yang dibeli sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40.

Menurut laporan media antarabangsa, Tyler membeli pulau tersebut beberapa tahun lalu dan kini dalam proses membangunkan vila peribadi mewah di atasnya.

Selain pulau itu, beliau turut memiliki banyak hartanah mewah termasuk, sebuah vila di Beverly Hills, Atlanta, dan rumah agam di kawasan Douglasville, Georgia.

LEORNARDO DICARPRIO

Pelakon terkenal Hollywood dan aktivis alam sekitar, Leonardo DiCaprio membeli sebuah pulau peribadi yang terletak di perairan tropika Belize pada 2005 dan menamakannya sebagai Blackadore Caye.

Pulau milik pelakon filem Titanic itu dibeli oleh dengan harga sekitar USD $1.75 juta dengan memiliki keluasan sekitar 104 ekar.

Lebih menarik lagi, aktor tampan itu tidak membeli pulau ini semata-mata untuk kegunaan peribadi, sebaliknya merancang untuk membangunkan sebuah resort eko-mewah yang mampan sepenuhnya.

 

MEL GIBSON

Pelakon dan pengarah terkenal, Mel Gibson, memiliki pulau peribadi mewah yang dikenali sebagai

Pulau Mago yang terletak di kawasan tropika Lautan Pasifik Selatan di kepulauan Fiji. Difahamkan, Pulau Mago merupakan salah satu pulau persendirian terbesar dimiliki individu, dengan keluasan melebihi 5,400 ekar.

Gibson membeli pulau ini pada 2005 dengan anggaran harga sekitar USD $15 juta iaitu kira-kira RM70 juta pada kadar semasa.

Mel yang terkenal menerusi filem seperti Braveheart dan The Passion of the Christ, dilaporkan menghabiskan masa di pulau ini untuk mencari ketenangan dan menulis skrip filem baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN