TAWAU: Seramai 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Tawau kira-kira pukul 8.30 ini untuk mendengar keputusan hukuman ke atas mereka selepas didapati bersalah kerana membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu. Mahkamah Tinggi Tawau pada 22 Ogos lalu memutuskan kesemua pelajar lelaki terbabit bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat, dalam kejadian di asrama kolej berkenaan. Keputusan itu dibuat oleh…