11,000 rakyat Korea Selatan saman bekas presiden, isteri

11,000 rakyat Korea Selatan saman bekas presiden, isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kira-kira 11,000 rakyat Korea Selatan merancang memfailkan saman terhadap bekas Presiden Yoon Suk Yeol dan isterinya, Kim Keon Hee, dengan menuntut pampasan berhubung pelaksanaan undang-undang tentera tahun lalu.

Menurut sumber perundangan, peguam Kim Kyeong-ho daripada firma guaman Hoin akan memfailkan saman itu di Mahkamah Daerah Pusat Seoul hari ini, bagi pihak kesemua penuntut.

Setiap seorang mereka dilaporkan menuntut pampasan sebanyak 100,000 won (RM305).

Para plaintif mendakwa, tindakan Suk Yeol melaksanakan undang-undang tentera pada Disember lalu adalah perbuatan jenayah yang disengajakan dan menyalahi hak asasi rakyat.

Isterinya, Keon Hee, turut dinamakan sebagai defendan bersama kerana didakwa berperanan mencetuskan pengisytiharan undang-undang tersebut, sekali gus bertanggungjawab dalam tuntutan pampasan.

Dalam keputusan pertama kes saman berkaitan isu sama pada hujung bulan lalu, mahkamah memerintahkan Suk Yeol membayar pampasan sebanyak 100,000 won kepada 104 plaintif berhubung pelaksanaan undang-undang itu.

Keputusan tersebut mencetuskan siri tuntutan pampasan serupa daripada ribuan rakyat lain.

Namun, Suk Yeol mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi serta memfailkan injunksi untuk menangguhkan pelaksanannya, yang kemudian diluluskan secara bersyarat oleh mahkamah.- YONHAP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN