SEOUL: Kira-kira 11,000 rakyat Korea Selatan merancang memfailkan saman terhadap bekas Presiden Yoon Suk Yeol dan isterinya, Kim Keon Hee, dengan menuntut pampasan berhubung pelaksanaan undang-undang tentera tahun lalu. Menurut sumber perundangan, peguam Kim Kyeong-ho daripada firma guaman Hoin akan memfailkan saman itu di Mahkamah Daerah Pusat Seoul hari ini, bagi pihak kesemua penuntut. Setiap seorang mereka dilaporkan menuntut pampasan sebanyak 100,000 won (RM305). Para plaintif mendakwa, tindakan Suk Yeol…










