WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Washington bersetuju dengan perjanjian perdagangan besar-besaran bersama Jepun. Dalam hantaran di media sosial, Trump berkata, perjanjian itu bakal menyaksikan Jepun melabur sebanyak AS$550 bilion (RM2.3 trilion) ke dalam ekonomi AS serta membayar tarif timbal balik sebanyak 15 peratus. Beliau turut mendakwa, Jepun akan membuka pasaran mereka kepada barangan AS, termasuk kereta, trak, beras dan produk pertanian tertentu. “Saya baru sahaja menandatangani perjanjian…










