BEIJING: Ribut tropika Wipha yang sebelum ini melanda Taiwan dan Filipina, dijangka meningkat ke tahap taufan sebelum membadai pantai selatan China pada Ahad. Ribut itu menyebabkan gangguan serius termasuk pembatalan penerbangan dan perkhidmatan feri di Taiwan, selain turut meragut nyawa di Filipina apabila sebuah struktur papan iklan tumbang akibat angin kencang serta menghempap sebuah lori di Quezon City, utara Manila. Menurut Agensi Berita Pusat Taiwan, Wipha membawa angin berkelajuan maksimum…