Taska kenakan syarat bebankan ibu bapa

Taska kenakan syarat bebankan ibu bapa

ANFAAL Saari (duduk, tengah) bergambar bersama peserta Townhall Dasar Wanita Selangor 2024-2026 dan Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor 2024-2030 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Taman asuhan kanak-kanak (taska) di negeri ini didakwa mengenakan pelbagai syarat lebih ketat kepada ibu bapa bekerja yang mahu menghantar anak mereka ke pusat jagaan itu.

Malah, ada juga taska yang tidak mahu menerima atau menawarkan perkhidmatan penjagaan bayi susulan nisbah seorang pengasuh, tiga bayi yang ditetapkan dan gaji minimum sebanyak RM1,700 didakwa membebankan pengusaha.

Tinjauan Utusan Malaysia terhadap pengusaha-pengusaha mendapati, terdapat taska mengenakan syarat membebankan ibu bapa seperti tiada penghantaran awal dibenarkan serta bayaran lebih masa sehingga RM30 bagi setiap 30 minit, selain yuran bulanan mencecah RM1,000 atau lebih.

Selain itu, pengusaha juga dikatakan mengenakan pelba­gai syarat lain seperti perlu membawa tilam sendiri, tidak dibenarkan bayi menggunakan selimut untuk tidur serta aturan-aturan khas bagi anak yang minum susu ibu sepenuhnya.

Seorang wanita yang enggan identitinya didedahkan berkata, tindakan dan syarat dikenakan oleh pengusaha amat membebankan sehingga menambah tekanan kepada ibu bapa yang hendak pergi bekerja.

“Saya terpaksa ambil cuti kecemasan selepas kali kedua pihak taska complaint bayi saya kuat nangis, minum susu (susu badan) tidak mengikut aturan masa ditetapkan. Saya baru hantar tak sampai seminggu pun di pusat jagaan tersebut, pelbagai masalah diadu seolah-olah pengasuh atau pengurusnya langsung tak terlatih,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi wanita memberi­tahu, dia bersyukur menemui taska untuk menjaga anaknya selepas banyak pusat jagaan tidak mahu menerima kemasukan bayi.

Sementara itu, Exco Pemba­ngunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, beliau menyedari masalah dihadapi ibu bapa dan pengusaha taska yang perlu di­selesaikan secara seimbang.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disaran menye­mak semula syarat-syarat yang ditetapkan kepada pengusaha supaya operasi taska tidak membebankan mereka dan dalam masa sama memberi kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN