SEREMBAN: Siapa sangka bermula sebagai hobi telah mengubah kehidupan seorang suri rumah yang mampu meraih pendapatan sehingga RM8,000 sebulan menerusi gubahan bunga menggunakan kawat baldu. Ibu kepada empat orang anak, Siti Amira Pilus, 36, berkata, minatnya dalam seni gubahan itu bermula apabila rakannya telah memintanya membuat gubahan hantaran perkahwinan. “Saya mula mengetahui seni gubahan ini pada tahun 2021. “Bunga ini orang suka sebab unik, boleh diubah suai mengikut kreativiti sendiri…