KUALA LUMPUR: Siasatan bersepadu perlu dijalankan pihak berkuasa berkaitan penipuan skim pelaburan didakwa patuh syariah yang mengakibatkan kerugian hampir RM83 juta yang didedahkan baru-baru ini. Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mahu Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia menyelaras siasatan bagi mengelakkan percanggahan maklumat dan melancarkan pendakwaan. “Sekarang kita lihat siasatan dibuat secara berasingan, satu-satu oleh agensi. Sepatutnya…