SHAH ALAM: Bekas Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Suhazeli Kahar dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu dengan menyandang Komisioner Polis (CP), berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan beliau menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Bukit Aman yang berkuat kuasa pada Isnin minggu lalu.
Shazeli berpengalaman 25 tahun dalam perkhidmatan memulakan kerjayanya sebagai pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak sebelum dilantik ke pelbagai jawatan strategik di Bukit Aman.
Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan-jawatan dalam Cawangan Khas termasuk melibatkan ekstremis sosial dan pelampau agama sebelum diberi tanggungjawab mengetuai Cawangan Khas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. – UTUSAN