KUALA LUMPUR: “Saya mengaku tidak bersalah, mohon dibicara.” Demikian kata pempengaruh media sosial, CEO Batu atau nama sebenarnya, Muhamad Iqbal Muhamad Nor, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamarudin di Mahkamah Sesyen Ampang di sini semalam. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menunjukkan kemaluannya dengan niat supaya ia dilihat mangsa berusia 14 tahun di sebuah kediaman di Sunway Batu Caves, dekat sini…