Sahabat AIM gotong-royong sediakan bubur asyura - Utusan Malaysia

Sahabat AIM gotong-royong sediakan bubur asyura

KAMARUL Azman Khamis bersama sahabat AIM Padang Terap sempena pertandingan menyediakan bubur asyura di Kampung Keda Bukit Kura.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Seramai 100 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Padang Terap bergotong-royong menyediakan bubur asyura di Kampung Keda Bukit Kura di sini.

Program penyediaan bubur asyura itu dirasmikan oleh Penolong Pengurus AIM Keda, Azhariyah Mohd Saad yang turut dihadiri Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.

Ia bagi menghayati pengorbanan Rasulullah SAW di dalam menyebarkan syiar Islam dan mengutamakan wasatiyah iaitu kesederhaanaan di dalam kehidupan.

Kamarul Azman berkata, pertandingan menyediakan bubur asyura ini terbuka kepada ahli sahabat AIM di dalam mengeratkan lagi perpaduan dan keprihatinan masyarakat setempat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN