KABUL: Kerajaan Afghanistan mengumumkan Russia menjadi negara pertama yang secara rasmi mengiktiraf pemerintahan Taliban, dengan menyifatkannya sebagai ‘keputusan berani’. Taliban kembali berkuasa pada 2021 selepas menggulingkan kerajaan yang disokong kuasa asing, dan sejak itu melaksanakan bentuk pentadbiran undang-undang Islam yang ketat. Kumpulan itu giat mendapatkan pengiktirafan rasmi di peringkat antarabangsa serta pelaburan asing, ketika Afghanistan berusaha pulih daripada konflik empat dekad, termasuk pencerobohan Soviet dari 1979 hingga 1989. Pengumuman itu…










