DOHA: Rundingan antara Israel dan Hamas di Qatar bagi memeterai perjanjian baharu gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza kini di ambang kegagalan, menurut pegawai Palestin. Seorang pegawai kanan memberitahu BBC, Israel cuba ‘membeli masa’ semasa lawatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Washington minggu ini, dan sengaja melengahkan proses dengan menghantar delegasi tanpa kuasa membuat keputusan ke Doha. Antara isu utama yang menjadi perbalahan termasuk pengunduran tentera Israel dari Gaza…