KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik mekanisme pengambilan guru daripada pelbagai sumber secara terbuka bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak, berpotensi dan komited terhadap dunia pendidikan diberi peluang menjadi pendidik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan sistem pendidikan negara ditunjangi oleh tenaga pengajar yang kompeten serta profesional. “Kita mahu pastikan mereka yang dipilih menjadi guru bukan sahaja memenuhi syarat kelayakan tetapi juga memiliki…










