PETALING JAYA: Kedudukan ringgit Malaysia dalam kelompok 20 mata wang paling berpengaruh di dunia mencerminkan asas ekonomi negara stabil serta keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang Malaysia. Antara faktor utama yang menyokong pengukuhan nilai ringgit termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil, lebihan dagangan yang konsisten dan rizab mata wang asing yang mencukupi. Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md. Razak…











