Rampas rokok putih, gagalkan cubaan seludup minyak masak peket - Utusan Malaysia

Rampas rokok putih, gagalkan cubaan seludup minyak masak peket

ROKOK putih yang diseludup masuk ke negara ini berjaya dirampas oleh Batalion 7 PGA selepas menahan sebuah MPV di Kampung Paya Ular, Pasir Mas, Kelantan semalam.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 100,000 batang rokok putih dan menggagalkan cubaan menyeludup 90 peket minyak masak bersubidi ke Thailand dalam dua serbuan berasingan di Pasir Mas serta Rantau Panjang dekat sini semalam.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rampasan rokok putih itu dilakukan selepas pihaknya berjaya menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Paya Ular, Bunut Susu, Pasir Mas pada pukul 7.30 pagi.

“Semasa serbuan pemandu kereta terbabit melarikan diri. Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 100,000 batang rokok putih berada dalam kereta tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM227,000. Rokok-rokok ini dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, serbuan kedua di pangkalan haram Yasin, Rantau Panjang pihaknya berjaya merampas 90 paket minyak masak yang cuba diseludup ke Thailand.

Katanya, serbuan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu dilakukan pada pukul 11.30 pagi yang melibatkan nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta berjumlah RM20,225.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN