KOTA BHARU: Polis giat mengesan seorang individu yang menyebarkan maklumat palsu menggunakan laman sosial Facebook dengan mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mangkat dua minggu lalu. Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya terus membuat laporan sejurus kenyataan itu ditular di laman sosial. “Pihak Bukit Aman sudah menjalankan siasatan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik itu,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di…