Pertemuan gay: 18 individu asal Kelantan sertai perjumpaan

Pertemuan gay: 18 individu asal Kelantan sertai perjumpaan

ANTARA individu yang menyertai pertemuan tertutup komuniti gay yang berlansung sebuah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mendedahkan seramai 18 daripada 20 peserta yang diperiksa semasa pertemuan gay di sebuah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa di sini tengah bulan lalu berasal dari negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, dua lagi individu yang diperiksa itu masing-masing lelaki dari Perak manakala seorang lagi berasal dari Besut, Terengganu.

“Individu yang berasal dari Besut itu merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi di negeri ini.

“Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit kesemua lelaki itu mendapati, tiga daripada mereka memiliki video lucah melibatkan hubungan sesama jenis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, ketiga-tiga lelaki yang memiliki bahan lucah telah dituduh dan mengaku bersalah mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaaan.

Katanya, mereka telah denda sebanyak RM3,000 hingga RM 4,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 20 Julai lalu.

“Soal siasat mendapati, sebahagian daripada mereka juga mengaku pernah melibatkan diri dalam aktiviti seks sejenis.

“Semasa serbuan di rumah itu, polis turut menjumpai beratus kondom dan beberapa kotak ubat ubat virus kurang imun (HIV) di dalam bilik,” ujarnya.-IUTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN