GEORGE TOWN: Kenaikan mendadak harga buah avokado sejak awal tahun ini memberi tekanan hebat kepada peniaga minuman berasaskan buah itu yang kini bergelut mengimbangi kos operasi, terutama selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import. Pemilik gerai Jus Avokado Abang Long, Nurul Badriah Hanafi berkata, kenaikan harga borong avokado yang kini mencecah lebih RM20 sekilogram memaksanya mempertimbang semula kelangsungan perniagaannya. “Kadang-kadang harga boleh cecah lebih RM20 sekilo. Sekarang…