KUANTAN: Keadaan jalan utama ke Perumahan Kilang Felda Pancing Utara di sini, yang semakin mendap dan terhakis sejak tiga bulan lalu mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk apabila tiada sebarang usaha pembaikan dilakukan. Ketiadaan maklumat jelas tentang pihak berkuasa yang bertanggungjawab menambah kekeliruan, sekali gus membuatkan penduduk berasa seolah-olah keselamatan mereka dipandang ringan meskipun laluan itu digunakan setiap hari oleh ratusan orang termasuk kenderaan berat. Difahamkan, kira-kira 315 penduduk daripada 36…