PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak meremehkan pemberian kerajaan RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan dalam Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, kelmarin. Perdana Menteri berkata, pemberian itu bukan satu jumlah yang kecil, meskipun ada pihak memandang ringan bantuan RM100 dengan alasan tidak mencukupi untuk menampung keperluan. “Dengar beberapa ahli Parlimen pembangkang kata RM100 sahaja. Dia (pembangkang) tak baca. Bila saya…