KANGAR: Pelaksanaan Titah Adendum yang membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan dalam rumah akan diusahakan secepat mungkin mengikut prosedur perundangan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara tersebut dan telah memperincikan kaedah-kaedah perundangan yang perlu diikuti. Beliau berkata, tindakan susulan akan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang melalui…