GAZA: Ratusan pelajar Palestin di Gaza akhirnya berpeluang menduduki peperiksaan akhir sekolah menengah yang dianjurkan Kementerian Pendidikan wilayah itu, dengan harapan untuk melanjutkan pengajian ke universiti. Awal bulan ini, kementerian mengumumkan peperiksaan pada Sabtu, merupakan yang pertama sejak Israel melancarkan perang besar-besaran di Gaza pada Oktober 2023. Kementerian mengesahkan kira-kira 1,500 pelajar berdaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut, yang akan dijalankan secara elektronik menggunakan perisian khas, dengan semua persiapan teknikal dilaksanakan…