PETALING JAYA: Pemasangan alat peranti kelajuan pada kenderaan perdagangan dan berat serta menaik taraf infrastruktur jalan-jalan titik hitam (blackspot) antara cadangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi mengelakkan kemalangan maut di kawasan terbabit berulang. Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya mencadangkan pemasangan alat peranti kelajuan seperti pemantau kelajuan selain kamera papan pemuka (dashcam) pada kenderaan perdagangan. Katanya, ia membabitkan kenderaan berat seperti bas, lori dan treler untuk keselamatan semua pengguna jalan raya. “JSPT sangat menggalakkan pemasangan alat berkenaan dan itu memang cadangan kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya