Parlimen: KPDN nafi tarik balik subsidi LPG

Parlimen: KPDN nafi tarik balik subsidi LPG

KERAJAAN akan terus kekal komited untuk menyalurkan subsidi LPG sebagai subsidi kepenggunaan (subsidi dapur rakyat).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan tiada sebarang cadangan untuk memansuhkan atau menarik balik subsidi gas petroleum cecair (LPG) seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, dakwaan subsidi LPG akan ditarik balik adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat.

“Tugas yang diberikan kepada kementerian adalah untuk menangani ketirisan dalam bentuk penyelewengan dan penyeludupan, bukannya untuk menarik, mengurangkan apatah lagi memansuhkan subsidi LPG.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan kekal komited untuk terus menyalurkan subsidi LPG sebagai subsidi kepenggunaan (subsidi dapur rakyat),” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Young Syefura Othman (PH- Bentong) berhubung dakwaan kerajaan akan menarik balik atau memansuhkan subsidi berkenaan.

Tambah beliau, kerajaan juga memahami keperluan peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan dan minuman yang turut memerlukan akses kepada subsidi LPG bagi memastikan perkhidmatan mereka kepada rakyat tidak terjejas.

“Mereka juga dibenarkan untuk terus memanfaatkan subsidi LPG ini, namun ia perlu disusuli dengan komitmen untuk menawarkan harga makanan dan minuman yang berpatutan, bukan harga premium.

“Jika subsidi digunakan, maka harga yang ditawarkan kepada rakyat juga mestilah harga rakyat,” ujarnya.

Menurut Armizan, komitmen kerajaan akan diterjemahkan melalui pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 bagi memberi penjelasan menerusi undang-undang (clarity of law) dan memperkemas mekanisme kawalan.

“Pindaan ini akan membolehkan subsidi LPG bukan sahaja dimanfaatkan oleh pengguna domestik, tetapi juga oleh premis perniagaan mikro dan kecil dalam sektor makanan dan minuman secara sah dan tersusun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN