TEL AVIV: Bekas Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, menuduh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu cuba memanjangkan perang Gaza sehingga pilihan raya. Lieberman, yang juga pemimpin parti sayap kanan Yisrael Beiteinu, mendakwa tekanan dalaman akan ditujukan kepada Netanyahu selepas semua tebusan yang diculik pejuang Hamas dikembalikan dan perang berakhir. “Netanyahu mahu melanjutkan perang sehingga pilihan raya,” kata Lieberman kepada penyiar awam Israel, KAN, semalam. Bekas menteri itu tidak menjelaskan sama ada beliau merujuk kepada pilihan raya selepas tamat penggal Netanyahu pada Disember 2026 atau pemilihan awal yang mungkin diadakan pada akhir 2025…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya