PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan berkaitan pendedahan dan penyebaran disyaki minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Menurutnya, tumpuan siasatan adalah ke arah pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman dan juga di media sosial. “PDRM akan memanggil semua saksi kompeten bagi membantu siasatan kes…