PASIR MAS: Seorang tidak sempat menghantar 14 ekor kambing seludup selepas trak tikup yang dipandunya ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Chabang Empat, Tendong, dekat sini semalam.
Trak pikap itu ditahan pada pukul 7 malam menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan selepas anggota PGA melihat kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan 14 ekor kambing di bahagian belakang trak pikap.
“Semasa ditahan lelaki berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokomen berkaitan haiwan tersebut.
“Soal siasat mendapati lelaki berusia 41 tahun menjadi penghantar haiwan tersebut ke pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Nik Ros Azhan memberitahu, nilai rampasan berjumlah RM10,500 dan kes diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” ujarnya.
310725-Klt-Seludup Kambing-Done Online
SEBAHAGIAN kambing yang dirampas oleh PGA selepas menahan trak pikap di Tendong, Pasir Mas, Kelantan-IHSAN PGA.
-habis-