ISLAMABAD: Jumlah kematian akibat hujan berterusan serta banjir kilat di Pakistan dan India meningkat kepada 73 orang, ketika pihak berkuasa di Islamabad memberi amaran keadaan monsun dijangka berlarutan di beberapa bahagian negara itu. Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan (NDMA), sekurang-kurangnya 63 maut dan lebih 100 cedera dalam insiden berkaitan hujan sejak 26 Jun lalu. Dalam laporan terbaharunya, NDMA berkata, enam kematian dan 14 kecederaan direkodkan dalam tempoh 24…