Kes tembak wanita hamil: Keluarga lega suspek ditangkap, harap keadilan - Utusan Malaysia

Kes tembak wanita hamil: Keluarga lega suspek ditangkap, harap keadilan

ZAWIYAH Sulong menunjukkan gambar cucunya yang maut dengan kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri dalam kejadian di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan tiga tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Keluarga kepada wanita hamil tujuh bulan yang maut ditembak pada perutnya sebelum mayat ditinggalkan di dalam kereta miliknya jenis Nissan Cefiro di tepi jalan di Kampung Teresek, Repek, di sini tiga tahun lalu lega selepas suspek terlibat dalam kes tersebut ditangkap semalam.

Nenek kepada wanita berkenaan, Zawiyah Sulong, 71, berharap penangkapan suspek itu diharap mampu menyelesaikan kes tersebut sekali gus membela nasib arwah cucunya itu.

“Setiap hari saya berdoa supaya nasib arwah cucu (Farrah Emirah Mazlan) terbela. Alhamdulillah selepas tiga tahun menanti, saya bersyukur apabila suspek terlibat itu telah ditangkap polis semalam.

“Saya juga berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan supaya nasib arwah cucu saya itu terbela,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, selepas tiga tahun menjadi buruan polis, seorang lelaki yang dikenali sebagai Aimay akhirnya berjaya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita hamil pada 2022 lalu.

Aimay, 24, ditahan pegawai dan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di jalan Bukit Lata, di sini pada pukul 7 petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Farrah Emirah ditemukan dalam dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta jenis Nissan Cefiro dengan kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN