TOKYO: Kes batuk kokol terus meningkat di Jepun, mencecah rekod mingguan baharu sebanyak 3,353 kes, menurut Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan, hari ini. Berdasarkan data mingguan terkini antara 23 hingga 29 Jun, jumlah itu menjadikannya angka tertinggi sejak kaedah pemantauan semasa mula diperkenalkan pada 2018. Batuk kokol atau pertusis, ialah jangkitan saluran pernafasan akut yang sangat mudah berjangkit. Ia boleh membawa kepada komplikasi seperti radang paru-paru (pnemonia) atau ensefalopati, yang boleh membawa maut terutama kepada bayi serta golongan berisiko tinggi. Seperti namanya, penyakit itu menyebabkan batuk berterusan yang kuat, disusuli bunyi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya