KUALA LUMPUR: Peguam dan aktivis, Siti Kasim berjaya dalam samannya terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), 14 pegawainya dan lapan individu lain berhubung penahanan salah serta penahanan secara tidak sah dalam satu serbuan sembilan tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Su Tiang Joo memerintahkan defendan membayar ganti rugi berjumlah RM160,000 kepada Siti Kasim yang merangkumi RM100,000 sebagai ganti rugi teladan dan RM60,000 ganti rugi teruk, di samping kos guaman sebanyak RM100,000. Dalam penghakimannya, Hakim Tiang Joo menyatakan bahawa plaintif berjaya membuktikan dakwaannya atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau telah ditahan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya