PETALING JAYA: Rejim Zionis Israel didakwa terus menggunakan taktik kejam termasuk menjadikan kelaparan sebagai senjata untuk menghukum rakyat Palestin di Gaza selain menjadikan pusat agihan bantuan sebagai sasaran serangan yang mengorbankan orang awam. Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, situasi kemanusiaan di Gaza kini berada pada tahap paling genting susulan angka korban yang terus meningkat saban hari serta kemusnahan hampir keseluruhan sistem kesihatan dan pendidikan. Katanya, setakat ini…