TEL AVIV: Gergasi cip Amerika Syarikat (AS), Intel, memulakan langkah pengurangan besar-besaran di Israel dengan memotong ratusan pekerjaan serta mengecilkan operasi di kilang utamanya di Kiryat Gat, selatan negara itu. Menurut laporan akhbar perniagaan Israel, Globes, tenaga kerja di kilang berkenaan dikurangkan daripada kira-kira 5,000 orang pada 2019 kepada 4,000 menjelang akhir 2023. Langkah itu adalah sebahagian daripada penstrukturan semula berikutan kemerosotan mendadak dalam pendapatan tahunan, daripada AS$78 bilion (RM330…










