KANGAR: Larangan penjualan vape atau rokok elektronik di negeri ini kekal berkuat kuasa 1 Ogos ini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth berkata, tidak ada sebarang penangguhan memandangkan perkara tersebut sudah dimaklumkan sejak daripada awal lagi. Katanya, bermula 18 sehingga 31 Julai, pihak MPK akan mengadakan fasa hebahan awal merangkumi pengedaran notis ke premis, pemantauan serta hebahan awam. Ujarnya, bermula 1 sehingga 31 Ogos akan dilaksanakan penguatkuasaan…










