G57 lapor polis, dakwa portal berita fitnah Ketua Menteri Sabah

G57 lapor polis, dakwa portal berita fitnah Ketua Menteri Sabah

ZULKARNAIN Mahdar ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, laporan berita itu juga telah dijadikan sebagai rujukan beberapa pemimpin parti politik untuk menyerang kepimpinan negeri.

“Etika kewartawanan seha­rusnya dijunjung tanpa mengi­ra pendirian parti politik sama ada prokerajaan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling di sini.

Menurut beliau, dalam isu pengeluaran lesen mineral di Sabah, ia telah dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur negeri dan bukan oleh mana-mana individu atau parti politik.

“Sabah Mineral Management (SMM) juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan sedang meneliti tindakan saman sivil terhadap portal tersebut kerana menyiarkan maklumat palsu.

“Saya tampil membuat laporan polis hari ini agar tindakan boleh diambil ke atas portal berkenaan kerana telah menyi­arkan kandungan yang tidak tepat dan merosakkan reputasi pemimpin negeri,” katanya.

Zulkarnain turut menyifatkan serangan berterusan terhadap Hajiji sebagai cubaan mengalih perhatian rakyat terhadap kejayaan kerajaan negeri termasuk pencapaian ekonomi, pelaburan, dan peluang pekerjaan.

Katanya, kebebasan bersuara bukan alasan untuk menyebarkan fitnah dan pihaknya akan terus membuat laporan dan mendesak agar tindakan undang-undang dikenakan terhadap pihak terbabit.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN