KUALA LUMPUR: Polis menembak mati dua lelaki warga asing yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah sejak tahun 2022 hingga menyebabkan kerugian lebih RM3 juta. Malah, kumpulan terbabit dikesan turut mencederakan mangsa mereka. Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic itu dikesan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kontinjen Pahang yang melakukan tugasan cegah jenayah melalui Op Aman…