Dalang edar dadah, berselindung sebagai pemandu e-hailing, peniaga ayam

Dalang edar dadah, berselindung sebagai pemandu e-hailing, peniaga ayam

MOHD. Yusoff Mamat (kanan) bersama pegawai menunjukkan ketulan ganja yang dirampas selepas menahan sepasang suami isteri di Kuala Krai semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik licik sepasang suami isteri yang disyaki aktif mengedar dadah dengan menyamar sebagai pemandu e-hailing dan peniaga ayam terbongkar selepas ditahan polis di Jalan Pauh Sembilan, Kuala Krai, Jumaat lalu.

Pasangan berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) pada pukul 4 pagi selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, sejurus kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Proton S70 yang dinaiki oleh kedua-dua suspek anggota MPV telah menjumpai 67.75 kilogram (kg) dadah jenis ganja.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas SUV itu membawa kepada penemuan 150 biji pil kuda dan sebilah kerambit.

“Susulan penahanan pasangan itu, polis telah menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh pada pukul 3.30 petang dan dadah jenis ganja.

“Selain itu, polis turut menjumpai dadah jenis ganja hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah SUV jenis Nissan X-Trail. Jumlah keseluruhan ganja yang ditemukan seberat 22.16 kg,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, siasatan awal mendapati suami kepada wanita berkenaan bekerja sebagai pemandu e-hailing sementara wanita berkenaan berniaga ayam segar di Selising.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan pasangan suami isteri itu sudah dalam aktif dalam pengedaran dadah dan siasatan lanjut akan terus dijalankan.

“Semua dadah ini dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan Malaysia dijadikan sebagai transit sementara sebelum dibawa keluar.

“Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM2,242 dan barangan kemas milik suspek. Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkait dengan narkotik,” ujarnya.

Mohd. Yusoff berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula 11 Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN