BEIJING: Perdana Menteri China, Li Qiang, mengumumkan permulaan pembinaan empangan hidro terbesar di dunia yang terletak di kawasan timur dataran tinggi Tibet, dengan anggaran kos sekitar AS$170 bilion (RM720 bilion), lapor Xinhua. Projek itu merupakan sebahagian daripada usaha China untuk memperluaskan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasan karbon. Empangan tersebut akan terdiri daripada lima stesen kuasa hidro bertingkat dan dibina di bahagian hilir Sungai Yarlung Zangbo, berpotensi menjejaskan berjuta-juta penduduk…










